25.7 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

PN majoriti paling lemah dalam dunia, Umno seru segera PRU15

Must read

Perikatan Nasional (PN) perlu segera mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas vaksin Covid-19 sudah ditemui.

Setiausaha agung Umno berkata Covid-19 bukan lagi penghalang PRU15 terutama PN kini memiliki majoriti lemah di Parlimen.

“Oleh kerana kerajaan PN mempunyai majoriti paling tipis dalam dunia. Untuk menjadi kerajaan perlu ada 112 sokongan ahli parlimen.

“PN ada 112 sokongan ahli parlimen. Oleh itu kita mengesyorkan pilihan raya diadakan secepat mungkin.

“Kedua, vaksin Covid-19 sudah ditemui dan akan diperoleh bulan depan. Atas dua sebab itu saya rasa eloklah kestabilan politik dikembalikan dalam negara,” kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19 awal tahun ini dengan mengutamakan petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

Kes baharu Covid-19 kini mencecah empat angka dan penularan jangkitan berlegar kepada warga tempatan.

Ahmad berkata menjadi harapan PRU15 mengembalikan keutuhan kerajaan dan keyakinan pelabur agar Malaysia kembali dinobat pusat dagangan serantau.

“Kita harap bukan 111 lagi ahli parlimen lepas pilihan raya mungkin tambah 40 ahli parlimen supaya kerajaan ini menjadi stabil.

“Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan kita menunda-nunda apa yang sepatutnya dilakukan. Apabila sampai vaksin tiada lagi halangan untuk PRU.

“Sekarang Malaysia sudah tidak ada kestabilan politik, oleh sebab itu pelabur keluar dari tempat kita.

“Mereka pergi ke rantau yang politiknya jauh lebih stabil daripada kita,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube