32.4 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Pilihan raya Parlimen Vietnam bermula

Must read

Pilihan raya tahun Vietnam berlangsung ekoran perkembangan rumit wabak Covid-19 di negara itu dan pihak berkuasa meminta pengundi supaya mematuhi segala protokol kawalan dan pencegahan. (Gambar AP)

HANOI: Lebih 69 juta penduduk keluar mengundi di seluruh Vietnam pada Ahad bagi memilih ahli parlimen Dewan Perhimpunan (NA) dan anggota Majlis Rakyat di semua peringkat, lapor Xinhua.

Diadakan setiap lima tahun sekali, pilihan raya tahun ini bermula 7 pagi waktu tempatan membabitkan sekitar 80,000 pusat pengundian seluruh negara, menurut Agensi Berita Vietnam.

Sejumlah 866 calon mengintai 500 kerusi NA ke-15 dan 3,726 perwakilan akan dipilih daripada 6,199 calon bagi mengisi kerusi Majlis Rakyat peringkat wilayah. Seramai 22,952 akan berebut kerusi Majlis Rakyat Wilayah dan 242,312 lagi untuk peringkat mukim, lapor Majlis Pilihan Raya Vietnam.

Pilihan raya tahun ini berlangsung ekoran perkembangan rumit wabak Covid-19 di negara itu. Pihak berkuasa meminta pengundi supaya mematuhi segala protokol kawalan dan pencegahan, termasuk memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal di pusat mengundi.

Waktu ketibaan semua pengundi akan direkodkan untuk digunakan bagi pengesanan kontak andai berlaku kes positif atau kebarangkalian kes, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.

Peti undi khas turut dibawa ke hospital, pusat kuarantin serta kawasan yang dikenakan perintah sekatan Covid-19 bagi memastikan hak mengundi rakyat terjaga, menurut majlis pilihan raya.

Kotak berkenaan akan dinyahkuman sebelum dan selepas mengundi serta ditanda sebagai peti yang disyaki berpotensi berbahaya sebagai amaran risiko jangkitan dan diasingkan.

Keputusan penuh pilihan raya dijangka diumumkan dalam masa 20 hari, menurut kenyataan akhbar majlis pilihan raya.

Pengundian dijadualkan tamat pada jam 7 petang waktu tempatan pada Ahad.

Sehingga pagi Ahad, Vietnam melaporkan 5,119 kes Covid-19 dan 42 kematian dengan 2,066 jangkitan tempatan dan tujuh korban direkodkan bagi tempoh gelombang baharu wabak berkenaan pada lewat April.

Pada sesi terakhir NA ke-14, beberapa jawatan kepemimpinan tinggi negara ditukar.

Pada 31 Mac, Vuong Dinh Hue dipilih sebagai pengerusi baru NA diikuti Nguyen Xuan Phuc menjadi presiden baharu manakala Pham Minh Chinh sebagai perdana menteri pada 5 April.

Related Articles

Video
YouTube