32.7 C
Gombak
Sunday, February 28, 2021

Pesakit Covid-19 sudah sembuh ditemui mati terjun bangunan Hospital Queen Elizabeth I

Must read

Seorang pesakit Covid-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap sebelum disedari pihak hospital.

Susulan insiden tersebut, pihak hospital kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam.

Sebelum ini, wanita berkenaan dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Untuk rekod, wanita terbabit didapati telah sembuh daripada Covid-19 dan dijadual keluar dari hospital, hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

Video
YouTube