23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Peruntukan besar RM85 Juta kepada JASA sebagai ejen propaganda Tok Abah

Must read

Apakah peruntukan besar kepada badan propaganda Tok Abah boleh menyelesaikan masalah poket rakyat?

Apa perlunya peruntukan RM81 juta oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia seperti yangll dibentangkan dalam Belanjawan 2021?

Menjadi tanda tanya kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.

Jabatan itu sebelum ini didakwa memainkan peranan sebagai unit propaganda yang digunakan oleh kerajaan BN untuk menyerang pemimpin pembangkang.

Ia kemudiannya dimansuhkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pada 2018.

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat, kerajaan PN kembali menghidupkan JASA dengan peruntukan RM85.5 juta.

Berdasarkan anggaran perbelanjaan Persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk jabatan berkenaan di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018.

Related Articles

Video
YouTube