29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Perlawanan Man United-Liverpool ditunda setelah stadium diserbu penyokong

Must read

MANCHESTER, England: Perlawanan Liga Perdana Manchester United dengan Liverpool ditangguh pada Ahad (2 Mei) setelah para penyokong kelab Man United masuk secara paksa ke dalam stadium dan padang Old Trafford sebagai bantahan terhadap para pemilik kelab itu – keluarga Glazer.

“Menyusuli perbincangan antara polis, Liga Perdana, Majlis Trafford dan kelab-kelab, perlawanan kami dengan Liverpool ditunda atas pertimbangan keselamatan menyusuli bantahan hari ini,” menurut United dalam satu kenyataan setelah perlawanan itu ditunda.

“Perbincangan kini akan diadakan dengan Liga Perdana bagi menentukan tarikh baru bagi perlawanan itu.”

Liverpool mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa mereka bersetuju sepenuhnya dengan keputusan itu.

Sejam sebelum perlawanan dijadual bermula pada pukul 1530 GMT, kedua-dua pemain masih terkandas di hotel mereka. Hotel Lowry, tempat para pemain United sedang melakukan persiapan bagi perlawanan itu, juga merupakan tempat bantahan besar-besaran anti-Glazer.

Sekitar 200 penyokong kelab United menyerbu stadium, sesetengahnya menyalakan suar manakala ada yang membawa poster menyeru supaya keluarga Glazer melepaskan kelab itu yang mereka beli pada 2005.

Perlawanan itu dijadual diadakan secara tertutup kerana sekatan COVID-19 namun itu tidak menghalang keadaan daripada menjadi kecoh di dalam dan di luar stadium Old Trafford.

– Reuters/HA/ha

Related Articles

Video
YouTube