25.9 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

PENJANA Tawar Peluang Pekerjaan Kepada Graduan

Must read

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan hampir 90,000 pekerjaan hilang setakat 22 Oktober tahun ini, peningkatan 278% berbanding 2019.

Penularan pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan kepada industri dan ekonomi termasuklah menjejaskan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

Dalam hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi di bawah inisiatif upskilling dan reskilling, telah melancarkan Program PENJANA KPT-Career Advancement Programme (KPT-CAP) awal Oktober lalu.

Terdapat tiga (3) teras utama di bawah inisiatif upskilling dan reskilling iaitu :

i. JOB MATCHING AND PLACEMENT iaitu program latihan kompetensi bersasar kepada peserta sebelum memulakan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri;

ii. PROGRAM BERTERUSAN KEUSAHAWANAN iaitu program latihan yang mensasarkan penubuhan syarikat pemula dan berupaya mendapatkan bantuan pembiayaan kewangan; dan

iii. GIG ECONOMY iaitu program latihan berkompetensi yang mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti berbentuk freelancing.

Seramai 20,000 orang graduan dijangka mendapat manfaat menerusi program PENJANA KPT-CAP melalui penawaran pekerjaan oleh pemain industri dalam sektor seperti perbankan, perkilangan dan Information and Communications Technology (ICT).

YB Datuk Noraini Ahmad
Menteri Pengajian Tinggi

Related Articles

Video
YouTube