30 C
Gombak
Thursday, February 25, 2021

Penipuan SMS: Ketua dan pegawai syarikat telekomunikasi ditahan

Must read

DUA individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ini menjadikan keseluruhan tangkapan termasuk hari ini yang terlibat dengan sindiket itu iaitu sebanyak enam individu.

Menurut sumber, dua individu yang berusia 39 tahun dan 47 tahun tahun itu masing-masing ditahan pada pukul 2.34 petang dan 5.14 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

“Individu berusia 39 tahun itu merupakan Ketua Pegawai Teknologi daripada sebuah syarikat swasta dan individu berusia 47 tahun yang merupakan pegawai syarikat telekomunikasi.

“Kedua-dua mereka dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar,” katanya.

Jelas sumber, nombor telefon yang diperoleh juga akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Ujarnya, perintah reman sehingga 16 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Tambah sumber, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Kelmarin, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman selama lima hari bermula hari ini kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Wang tersebut diberi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Penipuan melalui SMS: Pegawai syarikat Telco direman

 

Related Articles

Video
YouTube