24.2 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ ditahan – Polis

Must read

Polis mengesahkan telah menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai safieyillias94 yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur.

Polis mengesahkan telah menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, suspek ditahan semalam (Khamis) dan permohonan reman akan dibuat pagi ini untuk tujuan siasatan.

“Dah tangkap semalam, pagi ini mohon reman untuk siasatan,” katanya ringkas dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Pada Khamis, Mohd. Zaid berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berkenaan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’.

Ini selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam pukul 9 pagi semalam.

“Semakan mendapati individu itu turut berpakaian mencolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada kanak-kanak di bawah umur itu,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Polis mengesahkan telah menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai safieyillias94 yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur. -Video tular – pakdin.my

Related Articles

Video
YouTube