23.4 C
Gombak
Friday, February 26, 2021

Pemandu maut, kereta bertembung bas

Must read

SARIKEI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan bas di Batu 2, Jalan Bakong, di sini, kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Mangsa, Callestine Ujang Libau, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua penumpang kereta iaitu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan seorang wanita yang tidak dikenal pasti identiti pula cedera parah.

Katanya, pemandu bas dan 15 penumpang tidak cedera.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.18 petang dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati pemandu dan dua penumpang kereta terperangkap di dalam kereta itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota operasi mengeluarkan pemandu yang tersepit.

“Pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa maut, manakala dua lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube