23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen stabil di hospital

Must read

COPENHAGEN: Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang rebah dan diberi CPR dalam perlawanan Euro 2020 menentang Finland, dipindahkan ke hospital dan dalam keadaan stabil. Demikian menurut akaun twitter Euro 2020 pada Sabtu (12 Jun).

“Berikutan kecemasan perubatan melibatkan pemain Denmark, Christian Eriksen, satu mesyuarat krisis diadakan dengan kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan dan maklumat lanjut akan disampaikan pada 7.45 malam waktu Eropah Tengah,” menurut agensi berita Xinhua memetik akaun twitter tersebut.

“Pemain itu sudah dipindahkan ke hospital dan sudah kembali stabil.”

Pemain tengah berusia 29 tahun itu diberi CPR oleh anggota medik setelah mengalami apa yang disyaki sebagai serangan jantung secara tiba-tiba semasa pembukaan Euro 2020 dengan Finland.

Sejurus sebelum separuh masa perlawanan, pemain itu tiba-tiba rebah dengan rakan sepasukan lain membentuk formasi seperti tembok untuk menghalang kamera daripada merakam Erikse sedang anggota medik melakukan bantuan perubatan.

– BERNAMA/FZ/fz

Iklaan

Related Articles

Video
YouTube