33 C
Gombak
Tuesday, March 2, 2021

PAS biadap terhadap Sultan Perak sama macam PKR-DAP biadap terhadap Sultan Selangor – Datuk Raja Kamarul Bahrin

Must read

Pas disifatkan biadab kerana membatalkan rancangan menghantar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, petang semalam.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, walau apa jua alasan diberikan pucuk pimpinan parti itu, namun, jelas menggambarkan sikap angkuh mereka terhadap institusi raja-raja.

“Bagi saya ini tindakan biadab dan kurang ajar kerana Tuanku telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Pas.

“Namun, Pas memilih untuk lebih wala’ kepada parti daripada menghormati Sultan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga ADUN Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd. Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) sepatutnya mengadap Sultan Perak pada pukul 3 petang semalam namun membatalkannya difahamkan setelah mendapat arahan pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun, ketiga-tiga ADUN itu dikatakan menghadap Sultan Nazrin pada pukul 4.30 petang semalam (9/12/2020).

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiga ADUN partinya tidak mengadap Sultan Nazrin seperti dijadualkan semalam adalah kerana Pas tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan Titah Diraja.

Katanya, Pas sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab.

Related Articles

Video
YouTube