25.2 C
Gombak
Saturday, February 27, 2021

Pancing ahli guna wang: Nak saman, silakan, kami tunjuk bukti di mahkamah, Pemuda UMNO beritahu PPBM

Must read

Pemuda UMNO bersedia membuktikan dakwaan PPBM cuba memancing ahli parti itu dengan wang di mahkamah, justeru ia tidak gusar dengan ugutan saman yang dilontarkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

“Jika Ketua Penerangan PPBM (Wan Saiful Wan Jan) mahu meneruskan saman, kami Pemuda UMNO mengalu-alukannya dan akan mengambil peluang di mahkamah nanti untuk mendedahkan segala bukti di hadapan hakim,” kata Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, PPBM sepatutnya “berlapang dada” dan meminta dihentikan cubaan memancing ahli menggunakan wang, bukannya mengugut akan menyaman Pemuda UMNO.

“Sejujurnya, saya mengharapkan jawapan (PPBM) sekurang-kurangnya kami akan menyiasat dakwaan yang dibuat Pemuda UMNO, bukannya mengugut untuk menyaman,” kata beliau dalam Facebook.

“Terimalah nasihat Pemuda UMNO dengan berlapang dada agar dihentikan segera sebarang usaha membeli atau mencuri ahli yang akan mengeruhkan hubungan, bahkan tidak akan membantu memperkukuhkan hubungan kerjasama UMNO-PPBM,” kata Asyraf.

Beliau sekali lagi menegaskan, “terlalu banyak aduan akar umbi UMNO seluruh Malaysia mendakwa berlakunya persaingan sehingga berlaku usaha (PPBM) membeli dan mencuri ahli”.

Asyraf mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa parti itu mungkin mengambil tindakan undang-undang, jika Asyraf tidak menarik balik dakwaan individu yang menyertai PPBM dibayar RM100 hingga RM5,000.

Beliau menyifatkan tuduhan itu liar dan tanpa bukti.

Asyraf bagaimanapun mempertahankan kenyataannya itu dengan berkata, pihaknya tidak gusar dengan sebarang tindakan perundangan yang diambil PPBM.

Pagi tadi, Asyraf berkata, fenomena mencuri dan membeli ahli parti itu, jika diteruskan PPBM, akan mengesahkan persepsi matlamat penubuhan parti itu dan Perikatan Nasional (PN) hanyalah “melemahkan dan menggantikan” UMNO.

Siapa nak ‘kenduri’ boleh masuk sini:
https://web.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1814310782058715

Related Articles

Video
YouTube