30.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Orang ramai digalakkan pakai ‘double mask’ – Dr Noor Hisham

Must read

Bagi meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19, orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka tambahan sebanyak selapis lagi, lapor Harian Metro.

Menurut laporan itu, Ketua Pengarah Kesihatan  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan itu berdasarkan eksperimen dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, berdasarkan eksperimen tersebut, memakai pelitup muka perubatan dan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada virus.

“Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.
“Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.
“Jika saya ke hospital ‘double mask’ membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan,” katanya.

Terdahulu, foto beliau tampil mengenakan ‘double mask’ menarik perhatian warganet di media sosial sekali gus menyifatkan situasi pandemik kini bukan lagi perkara main-main.

Sumber: Harian Metro (Amir Abd Hamid)

Related Articles

Video
YouTube