25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Orang Islam menerima kematian di mana saja, Noor Hisham jawab kritikan Tiong

Must read

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tidak timbul isu takut mati selepas dipertikai seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini kerana didakwa tidak turun padang melawat hospital.

Beliau berkata, sebagai orang Islam perlu menerima kematian di mana sahaja.

“Sama ada turun padang atau tidak. Yang penting, pasang niat tugas kita nak putuskan rantaian Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” katanya.

Bagaimanapun Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya apabila diminta berbuat demikian.

Related Articles

Video
YouTube