25.7 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

Netizen kecam Azmin pakai baju nampak ‘ehem’

Must read

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik perhatian warganet hari ini apabila mengenakan pakaian berbasikal yang agak ketat.

Gambar yang dikongsikan di Facebook rasmi Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) merangkap Ahli Parlimen Gombak itu secara jelas memaparkan sosok tubuhya.

Susulan itu, rata-rata warganet mempersenda dan menganggap Pengarah Pilihan Raya PN berkenaan tidak sesuai mengenakan pakaian sebegitu.

Petang tadi, tiga gambar dimuatnaik di Facebook Azmin termasuk ketika bersama Ketua Armada (Angkatan Bersatu Anak Muda) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Terima kasih @wanfayhsal yang turut sertai saya dan rakan-rakan bersarapan di Nasi Lemak Wan Jo.

“Beliau kongsikan perancangan dan usaha gerak kerja Armada dalam mendekati golongan muda mengenai usaha kerajaan Perikatan Nasional. Thanks Bro (Wan Ahmad Fayhsal) belanja makan!” kata Azmin.

Turut berbasikal sama dengan Azmin ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang sebelum ini keluar PKR untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Related Articles

Video
YouTube