29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Nepal luluskan penggunaan vaksin Covid-19 Sinovac

Must read

KATHMANDU: Pihak berkuasa ubat-ubatan Nepal pada Jumaat meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 dihasilkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech.

Sebelum ini vaksin Covid-19 keluaran Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd, di bawah Sinopharm, turut mendapat kelulusan untuk digunakan di Nepal, lapor Agensi Berita Xinhua.

Vaksin itu diluluskan untuk individu berumur 18 tahun ke atas.

Ketua Pengarah pihak berkuasa ubat-ubatan itu, Bharat Bhattarai berkata kelulusan Sinovac itu diberikan selepas pihaknya selesai mengkaji data yang diberikan syarikat China itu.

“Ini juga merupakan vaksin terakhir yang diluluskan. Kami belum menerima permohonan tambahan dari syarikat lain setakat ini,” kata Bhattarai.

Pada 1 Jun lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia meluluskan vaksin Sinovac untuk penggunaan kecemasan kepada mereka berumur 18 tahun ke atas.

Nepal masih mengalami kekurangan vaksin untuk menampung keperluan kira-kira 30 juta penduduknya, menurut Kementerian Kesihatan.

Sehingga Jumaat, Nepal mencatatkan 581,560 kes Covid-19 dan kematian seramai 7,731 orang.

Related Articles

Video
YouTube