33 C
Gombak
Tuesday, March 2, 2021

Muhyiddin bina dewan RM35juta, Netizen kecam terlalu mahal

Must read

Hari ini tular satu surat rasmi dari Jabatan Perdana Menteri yang telah meluluskan satu peruntukan untuk membina Dewan di Parlimen Pagoh.

Menurut surat itu, peruntukan sebanyak RM35,435,992 itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Netizen rata-rata mempersoalkan kos pembinaan yang dikatakan terlalu besar kerana sebelum ini kos untuk membina dewan hanya sekitar RM2 juta hingga ke RM7 juta sahaja.

Manakala kos untuk membuat dewan sekolah jauh lebih murah iaitu sekitar RM280 ribu sahaja.

Netizen juga mempersoalkan mengapa projek yang diluluskan Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh itu dibuat dengan tergesa-gesa seawal 1 Mac 2021.

Netizen secara sinis mendakwa mungkin di dalam dewan tersebut akan dibina kolam renang saiz Olimpik dan padang golf untuk kegunaan rakyat di Pagoh.

Sehingga kini tiada kenyataan dibuat tentang penularan surat rasmi tersebut.

Diharap surat tersebut palsu kerana memandangkan rakyat dalam keadaan susah bergelut dengan Covid-19 dan kehilangan kerja serta ekonomi yang merundum, sebahagian orang pula mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara zalim.

Netizen meluahkan rasa kesal kerana wang sebegitu banyak mampu untuk melegakan kesusahan ramai rakyat.

Mereka turut mempertikaikan di saat banyak peruntukan di banyak kementerian dipotong untuk melawan Covid-19, tetapi lebih RM35 juta diperuntukkan hanya untuk membina dewan. Apakah kegunaan dewan tersebut untuk rakyat Malaysia? – Cinca

Related Articles

Video
YouTube