26.5 C
Gombak
Saturday, July 31, 2021

Muhyiddin akui berat hati luluskan pengeluaran akaun 1 KWSP

Must read

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui kerajaan pada mulanya berat hati untuk meluluskan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, selepas mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak, kelonggaran diberikan kepada golongan tertentu susulan situasi semasa rakyat yang terkesan dengan Covid-19 sehingga tiada cara lain untuk mendapatkan wang.

“Mula-mula agak berat, bukan soal tak nak bagi, tapi macam mana nak lihat jaminan masa depan pencarum, apabila sudah keluarkan akaun 2 sekarang akaun 1. Jadi, apa jaminan lepas bersara, tetapi kita lihat situasi amat gamat kerana ada yang memang terkesan dalam keadaan sekarang sehingga mungkin tiada duit lagi.

“Walaupun sebahagian besar pencarum simpanan tidak banyak sekitar RM5,000, ada RM1,000 tetapi kesedaran agak memerlukan kita kena pertimbang pengeluaran ini. Jadi, kita buat keputusan secara bersasar,” katanya dalam wawancara di Astro Awani malam ini.

Beliau berkata, rundingan bersama Kementerian Kewangan untuk meluluskan pengeluaran akaun 1 KWSP dibuat dengan cermat supaya tidak menjejaskan simpanan untuk kegunaan hari tua pencarum.

Katanya, kelompok atau kumpulan paling terjejas iaitu pencarum yang hilang pekerjaan dijadikan sandaran utama sebagai pra syarat pengeluaran akaun 1 KWSP dengan had ditetapkan pada kadar RM6,000.

Katanya, pengeluaran akaun 1 KWSP hanya disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja.

“Mungkin kedua-dua suami isteri dah tiada kerja. Walaupun ada simpanan, simpanan dah habis untuk anak-anak. Jadi dalam kes sebeginilah kita benarkan.

“Kita nasihat kalau boleh simpan, tapi kalau nak sentuh juga (akaun 1 KWSP), apa nak buat, kita teruskan, tetapi ini kuasa menteri kewangan, jadi perdana menteri pun rayu. Kita berilah kepada mereka yang amat terkesan untuk keluarkan simpanan masa depan mereka,” katanya.

Pencarum dibenar mengeluarkan simpanan akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 berkata, kemudahan itu dijangka meringankan beban kewangan 600,000 ahli yang terjejas.

Sementara itu, mengulas mengenai moratorium Muhyiddinn berkata, pihak perbankan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan lanjutan moratorium yang diberikan secara bersasar.

Katanya, tiada masalah bagi pihak perbankan melaksanakan kecairan “market liquidity” dalam sistem kerana ia boleh mendatangkan kerugian jika disimpan dalam keadaan perniagaan makin jatuh.

“Sehubungan itu, lebih baik mereka sokong perniagaan dengan memberikan lanjutan moratorium secara bersasar supaya perniagaan mampu berdiri dan bayar semula bagi memberi kebaikan dan faedah kepada bank.

“Sebab itu, Bank Negara menasihatkan bank supaya memberi perhatian dan jangan menolak sahaja selain bersedia berunding untuk lanjutan moratorium,” katanya.

SumberFMT

Related Articles

Video
YouTube