25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Moratorium: Kalau Sebelum Darurat Boleh, Kenapa Masa Darurat Tak Boleh?

Must read

Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berkata semalam beliau menyeru kerajaan menimbangkan untuk mengarah atau membincangkan dengan bank-bank untuk memberi moratorium untuk semua yang memerlukan bukan sahaja golongan B40.

Walaubagaimanapun katanya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa bank-bank bukan di bawah kawalan kerajaan atau bermakna beliau tidak dapat menimbangkan permintaan itu.

“Saya ingin bertanya, bank-bank ini di bawah kawalan siapa? Bank Negara Malaysia (BNM) bukankah agensi kerajaan? Jika moratorium boleh diberi kepada B40, mengapa ianya tidak dapat dipanjangkan kepada keseluruhan rakyat yang memerlukannya?

“Janganlah memberi alasan yang sangat dangkal ini atau untuk melepaskan batuk di tangga sahaja. Kita faham bahawa Tengku Zafrul datangnya dari kalangan perbankan tapi saya meminta buat seketika, fikir-fikirlah permasalahan rakyat sekarang ini yang telah terjejas teruk sejak pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibebankan ke atas rakyat lebih setahun lalu,” tulisnya dalam Facebook.

Ulasnya lagi, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keperluan untuk melindungi nyawa rakyat, tapi kehidupan rakyat juga harus disantuni.

“Menteri Kewangan negara mempunyai kuasa yang sangat besar, apatah lagi di dalam pengisytiharan darurat sekarang ini. Gunakanlah kuasa yang beliau ada untuk membela kehidupan rakyat pula.

“Tiada bank yang akan rugi, kerana, walaupun moratorium diberi, hutang ini tetap terakru dalam akaun pinjaman. Lihatlah pengumuman akaun bank-bank yang merekodkan untung berlipat kali ganda. Bank-bank perlu bersabar sedikit.

“Tolonglah rakyat dengan tanpa berbelanja berbillion duit kerajaan tapi tetap mendapat apresiasi rakyat. Hanya guna kuasa yang beliau ada. Susah sangatkah? Soalnya. – UMNO ONLINE

Related Articles

Video
YouTube