25.9 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

Minta maaf pada KJ, warga maya anggap JKR ‘pilih bulu’

Must read

Tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat meminta maaf akibat jalan berlubang sehingga mengakibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin jatuh ketika berbasikal mengundang persepsi yang berbeza.

Warga maya di media sosial dalam reaksi menganggap agensi kerajaan itu bersikap berat sebelah kerana banyak berlaku aduan dan insiden kemalangan kenderaan berpunca jalan berlubang namun tidak mendapat respons yang pantas.

“Aku harap banyak lagi menteri-menteri lain jatuh tergolek di semua jalan-jalan rosak di sekitar Malaysia, terutama Sabah dan Sarawak,” catat @odengerrard dalam reaksinya kepada hantaran Twitter JKR Kuala Langat.

Ada juga yang memuat naik lampiran berita tentang insiden-insiden kemalangan terdahulu akibat jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik sehingga meragut nyawa pengguna.

Begitu juga dengan keadaan jalan raya sekitar Malaysia yang berlubang dan ditakungi air yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“YB je bayar cukai,” soal Ahmad Arcana.

JKR Kuala Langat semalam membalas ciapan Khairy yang memuat naik fotonya mengalami calar dan lebam di muka akibat terlanggar lubang ketika berbasikal di Banting sebelum terjatuh ke dalam parit.

Warga maya kemudian turut mengajak wakil rakyat Rembau itu berbasikal di kawasan mereka yang mempunyai jalan raya berlubang.

“KJ tolong berbasikal di Jalan Universiti esok. Terima kasih,” kata @f15teen15.

Related Articles

Video
YouTube