23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Menyingkap prestasi Presiden UMNO

Must read

1. Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerajui Umno di saat Umno BN bergelar menjadi sebuah parti pembangkang.

2. Menyingkap detik Zahid Hamidi menerajui Umno sebagai Presiden pelbagai cabaran.

3. Setelah Zahid menduduki kerusi Presiden, Umno berdepan krisis, seorang demi seorang ahli parlimen Umno bertindak meninggalkan parti itu.

4. Zahid didesak melepaskan jawatan, Umno dilihat tiada hala tuju sekaligus kepimpinan Zahid dipersoalkan.

5. Ditambah dengan 47 pertuduhan pemuda Umno gesa Zahid bercuti, letak jawatan dan berundur sebagai Presiden Umno.

6. Desakan tersebut dibalas Zahid di mana Presiden Umno itu menegaskan hanya dua pertiga daripada 147 ribu perwakilan Umno boleh melucutkan jawatan beliau sebagai Presiden Umno.

7. Bagi meredakan ketegangan dan untuk mengelak perpecahan Umno, Zahid akhirnya bercuti manakala tugas Presiden itu digalas oleh Timbalan Presiden.

8. Namun, suka atau tidak ahli Umno tidak boleh menafikan kepimpinan Zahid ketika Umno menjadi parti pembangkang.

9. Beliau berjaya meletakkan Umno menjadi sebahagian kerajaan PN dengan sokongan ahli parlimen Umno secara en-bloc walaupun ramai sedar separuh ahli parlimen Umno/BN bersama H20.

10. Suka atau tidak, sebagai Presiden Umno Zahid tidak ketepikan mana-mana pemimpin malah beliau melantik pemimpin tertentu ke jawatan dalam parti.

11. Naib Ketua Pemuda Umno telah diangkat sebagai Ketua Penerangan dan PSU Pemuda dilantik menganggotai MKT selain H20 pula dilantik sebagai Bendahari Agung BN.

12. Pantang pemimpin Umno rebel, pastinya Zahid akan meletakkan mereka dalam circle beliau.

13. Tajuddin Abd Rahman dilantik Pengarah Pilihanraya Umno, Ku Li, Pengerusi Lembaga Penasihat Umno dan Najib dilantik menjadi Pengerusi Penasihat BN.

14. Zahid mungkin bukan figura politik petah berhujah malah sukar diramal selain dilihat tidak berpendirian dan flip-flop.

15. Namun kredit wajar diberikan kepadanya kerana beliau memimpin ketika parti Umno tiada apa-apa. Kelemahan Zahid ialah beliau suka mendengar pandangan semua pihak.

16. Apabila Presiden Umno mula menerima pandangan semua pihak. Akhirnya Presiden keliru yang mana harus dilalui Umno dalam usaha bagi memastikan Umno kekal relevan.

17. Zahid mungkin seorang ‘oppurtunist’ tapi kita tidak boleh menafikan beliau pemimpin yang mendengar suara di semua peringkat.

18. Beliau melakukan pembaharuan dengan melantik pemuda menerajui jawatan penting seperti Ketua Penerangan Umno dan beliau meletakkan ahli parlimen secara en-bloc.

19. Umno wajar memberikan penghargaan di atas segala usaha yang beliau lakukan bagi memastikan Umno terus kekal menjadi parti keramat orang Melayu.

Related Articles

Video
YouTube