28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

Menghumban Rakyat Yang Terdesak Ke Lembah Hutang Bukan Sahaja Tidak Bertanggungjawab Tetapi Sangat Tidak Bermoral – Mohamad hasan

Must read

Menambah beban hutang bukan penyelesaian untuk keluar daripada desakan kewangan ketika Perintah Kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional , Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rakyat sangat memerlukan bantuan ekonomi yang sewajarnya ketika ini.

“Menghumban rakyat yang terdesak ke lembah hutang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi sangat tidak bermoral.

“Di mana munasabahnya mengalakkan rakyat untuk berhutang? Inikah namanya strategi pemulihan yang bertangggungjawab,” katanya dalam akaun facebooknya  hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas keputusan kerajaan yang membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi bermula 23 Jun lalu.

Katanya, KPKT seharusnya menggunakan rizab kerajaan tempatan untuk melakukan lebih banyak intervensi kebajikan kepada rakyat.

“Tugas kerajaan tempatan mesti mengutamakan keperluan manusiawi pembayar cukainya dan bukan sekadar melakukan kerja-kerja perbandaran,” ujar beliau

Menurut Mohamad, ramai rakyat terpaksa membuat pinjaman dengan ceti-ceti berlesen demi kelangsungan hidup dan perniagaan kecil yang semakin malap, namun mereka dikenakan kadar faedah.

Katanya, tugas kerajaan sepatutnya mencari jalan keluar dari semua masalah itu demi pemulihan semula ekonomi negara dan bukannya menggalakkan rakyat berhutang dengan ceti.

Related Articles

Video
YouTube