26.6 C
Gombak
Thursday, July 29, 2021

Mayat Naib Ketua Armada BERSATU Kota Tinggi ditemukan

Must read

KOTA TINGGI: Mayat Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Tinggi, yang tergelincir di jeti nelayan, Tanjung Balau di sini, petang semalam, ditemukan hari ini.

Dalam kejadian sekitar 5 petang semalam, Mohd Zulfikrie Buang, 24, tergelincir akibat licin berikutan cuaca hujan ketika membaiki jeti nelayan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata jenazah Mohd Zulfikrie ditemui kira-kira 3 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi sejak 7 pagi tadi.

“Jenazah Allahyarham ditemukan di celahan batu kira-kira 500 meter daripada tempat mangsa tergelincir,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Fadli dilaporkan berkata, bomba menerima panggilan kejadian itu pada 5.04 petang, sebelum sembilan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir dari perancah (kerangka jeti) ketika membuat kerja membaik pulih jeti Tanjung Balau.

“Bomba dimaklumkan keadaan di lokasi ketika kejadian adalah hujan lebat dengan laut berombak dan angin kuat.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube