29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Masyarakat global diseru bersama-sama bina komuniti kesihatan, kata Xi Jinping

Must read

BEIJING: Usaha memerangi wabak dan memulihkan ekonomi menjadi keutamaan global, memandangkan situasi Covid-19 sejak setahun lalu berubah-ubah dan wabak ini masih terus menular di dunia, kata Presiden Xi Jinping.

Justeru menurut Xi, anggota Kumpulan 20 (G20) harus memikul tanggungjawab masing-masing, memperhebat kemampuan untuk menangani insiden kesihatan kecemasan besar.

“Prinsip rakyat diutamakan harus dijunjung semua negara. Melawan wabak adalah demi rakyat, dan juga bergantung kepada rakyat. Kita perlu mementingkan nyawa rakyat,” katanya dalam ucapan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Kesihatan Global menerusi video.

Ucapan beliau bertemakan “Berganding Tangan Membina Komuniti Kesihatan Sesama Insan”.

Beliau berkata, kita harus mengambil pendekatan saintifik untuk menangani wabak, menjadikan pencegahan dan kawalan wabak sebagai norma baharu.

Anggota G20 harus mengamalkan dasar ekonomi makro bagi memelihara rantaian industri dan bekalan global beroperasi dengan selamat serta lancar.

Di samping itu, Xi menegaskan, masyarakat antarabangsa patut mendukung konsep komuniti kesihatan sesama insan, menentang kegiatan manipulasi, yang bukan sahaja akan menjejaskan perjuangan melawan wabak dalam negara, bahkan juga akan menghalang usaha global.

Katanya, masyarakat antarabangsa harus mengenepikan sikap “nasionalisme vaksin”, bagi membantu negara-negara membangun turut memperoleh vaksin.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) harus memainkan peranan lebih aktif dalam menyempurnakan sistem tadbir urus global.

Presiden Xi turut mengumumkan dalam China akan memperuntukkan USD3 bilion untuk menyokong negara-negara membangun mengatasi wabak dan memulihkan sosioekonomi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sehingga kini, China telah menyediakan 300 juta dos vaksin Covid-19 kepada dunia.

Xi berkata, China akan sedaya upaya membekalkan lebih banyak vaksin kepada negara lain selain menyokong syarikat domestik memindahkan teknologi kepada negara membangun.

Sementara itu, China menyokong pengecualian harta intelek vaksin Covid-19 dan menyokong Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) membuat keputusan mengenainya secepat mungkin.

China mencadangkan penubuhan satu mekanisme kerjasama vaksin antarabangsa agar negara penyelidik dan pengeluar, syarikat, serta pihak berkepentingan dapat membincangkan kaedah pengagihan vaksin secara adil.

Sidang Kemuncak Kesihatan Global yang dianjurkan bersama Itali, selaku pengerusi Kumpulan 20 (G20) dan Suruhanjaya Eropah, diadakan secara maya, bagi membincangkan kerjasama antarabangsa mengatasi dan pencegahan wabak pada masa depan.

Related Articles

Video
YouTube