25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Maqis Johor rampas 40kg katak, ikan keli

Must read

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa keluar katak dan ikan keli hidup seberat 40 kilogram (kg) di Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor semalam.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 18 tahun di laluan lori eksport, pada pukul 10 pagi.

Jelasnya, barangan itu dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguasa telah menjumpai 20 kg katak hidup dan 20 kg ikan keli hidup tanpa permit yang bernilai RM2,300.

“Kedua-dua haiwan itu telah disorokkan bersama ikan lain yang memiliki permit bagi mengelirukan pegawai bertugas semasa pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, keterangan pemandu lori telah diambil manakala kesemua barangan berkenaan ditahan untuk membantu siasatan dijalankan. – K! ONLINE

Antara katak yang dirampas Maqis Johor yang disyaki cuba diseludup ke Singapura dirampas di Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri, Johor semalam

Related Articles

Video
YouTube