30.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

‘Lockdown’: Apa Perancangan Kerajaan Bantu Rakyat Khususnya Orang Asli

Must read

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mempersoalkan apakah persiapan awal untuk bantuan kepada rakyat khususnya masyarakat Orang Asli seluruh Malaysia semasa ‘lockdown’ bagi mengekang wabak penyakit COVID-19 bermula 1 hingga 14 Jun ini .

Ini kerana katanya, isu tidak menyampaikan bantuan bekalan makanan (Bakul Makanan) kepada masyarakat Orang Asli di Pos Menson dan Pos Betau Pahang telah berlaku.

“Saya dapati JAKOA pusat gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat Orang Asli Malaysia dengan baik sebagai bukti sehingga hari ini bantuan bakul makanan kepada perkampungan Orang Asli Pos Menson dan Pos Betau didalam kawasan Parlimen Cameron Highlands tidak disampaikan setelah arahan dari pejabat kesihatan untuk menjalankan perintah kuarantin di dua kawasan Pos orang Asli tersebut ini diberikan.

“Kesimpulannya, didapati masyarakat Orang asli di kedua Pos ini dikurung dan tidak diberi bantuan makanan bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19, hal ini berlaku pada lebih kurang sebulan lepas, dimana logiknya.

“Saya difahamkan hal ini berlaku disebabkan JAKOA pusat tidak membenarkan JAKOA Negeri membuat perolehan kecemasan bagi membantu perbekalan makanan bagi kedua-dua Pos tersebut,” katanya dalam kenyataan media berkaitan hal terbabit, hari ini.

Ujarnya, beliau sebagai mantan pegawai kerajaan yang bersara kemudiannya dilantik sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands amat arif berkaitan peruntukan peraturan kewangan kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan iaitu Garis Panduan Perbelanjaan Dharurat AP 55 dan Tatacara Perbelanjaan Perolehan Dharurat Perkara 173.2.

“Persoalan siapa kontraktor perbekalan yang akan dilantik bagi melaksanakan perbekalan hanya berkisar perlaksanaan peraturan kewangan sedia ada dan integriti pembekal dan pegawai kerajaan yang melaksanakan process tender tersebut.

Saya sarankan jangan ada salah guna kuasa dan pembaziran berjuta ringgit wang rakyat.

“Persoalan di sini juga terutama KSU mengapa JAKOA tidak melaksanakan peruntukan ini dan tidak menurunkan kuasa kepada Pengarah JAKOA Negeri bagi melaksanakanya demi kesejahteraan rakyat kepada berketurunan Orang Asli.”

Dalam hal ini, beliau berbalik kepada arahan telah di keluarkan oleh kerajaan untuk ‘total lockdown’ yang akan bermula esok.

“Adakah masyarakat Orang Asli Malaysia akan dikurung tanpa bantuan pemakanan sebagaimana berlaku di Pos Menson dan Betau.

“Dengan itu saya ingin mengingatkan JAKOA agar lebih ‘ empathy ‘, sensitif dan prihatin berkaitan isu bantuan makanan ini, mereka adalah manusia dan rakyat Malaysia, jangan kurung mereka tanpa bantuan pemakanan, ingat dengan arahan total lockdown COVID-19 ia akan melibatkan seluruh Negara dan lebih mencabar,” katanya lagi. – UMNO Online

Related Articles

Video
YouTube