25.7 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

Letupan gegar loji penapisan minyak Petronas di Afrika Selatan

Must read

DURBAN: Loji penapisan minyak mentah kedua terbesar di Afrika Selatan, Engen, ditutup untuk siasatan selepas berlaku letupan dan kebakaran Jumaat lalu.

Engen, yang berupaya memproses 120,000 tong minyak sehari (bpd), sebahagian besarnya dimiliki oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) Malaysia.

Syarikat terbabit, dalam satu kenyataan mengenai kejadian itu, memaklumkan bahawa kebakaran berlaku selama lebih satu setengah jam sebelum dapat dipadamkan.

“Engen kini menilai keupayaan pengeluaran dan permintaan bahan bakar secara keseluruhan sebelum menyelaras langkah mitigasi bagi menanganinya selain menguruskan inventori dan pembekalan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Perkhidmatan kecemasan tempatan melaporkan tujuh orang cedera, namun Engen memaklumkan tidak ada kecederaan direkodkan termasuk dalam kalangan kakitangan kilang berkenaan.

Selain ambulans dan pihak polis tempatan yang berada di lokasi kejadian, beberapa jentera bomba dilihat menyemburkan buih ke bahagian kilang yang terbakar.

Afrika Selatan, selaku pengimport produk petroleum secara pukal, mempunyai enam loji penapis minyak, empat menggunakan minyak mentah dan dua bahan bakar sintetik sebagai bahan asas.

Awal tahun ini, turut berlaku letupan di loji penapisan minyak ketiga terbesar di Afrika Selatan dengan kemampuan pengeluaran 100,000 bpd yang dikendalikan Astron Energy di Cape Town. – AGENSI

Related Articles

Video
YouTube