27.3 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

Lelaki tak mengaku salah rogol 2 wanita

Must read

JOHOR BAHRU: Seorang mualaf dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini, atas dua pertuduhan rogol yang dilakukannya pada 2019 dan tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Daniel Rosli Abdullah, 32, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah hotel di Taman Skudai Baru, Skudai, Johor Bahru pada jam 10 malam 28 Julai tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Taman Pertama, Kulai jam antara 7 pagi hingga 4 petang pada 7 April 2019 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ahmad Kamal tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqillah Ahmad Fuad dan Siti Norliza Abdullah.

Related Articles

Video
YouTube