26.5 C
Gombak
Saturday, July 31, 2021

Lelaki Pandu Kereta Rempuh Pintu Masjidil Haram

Must read

RIYADH – Sebuah kereta yang dipandu laju melintasi dataran Masjidil Haram di Makkah merempuh pintu 89 masjid berkenaan dengan insiden itu sempat direkodkan dalam satu rakaman video.

Susulan insiden yang berlaku pada jam 10.25 malam waktu tempatan itu (3.25 pagi waktu Malaysia), pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang ditarik keluar daripada kereta itu, lapor agensi berita SPA.

Agensi berita itu yang memetik jurucakap rasmi wilayah Makkah, Sultan Al-Dossari, melaporkan, kereta itu dipandu laju di atas jalan raya di sekitar selatan Masjidil Haram.

Beliau dilaporkan berkata tiada individu yang cedera dalam insiden berkenaan.

Pasukan yang menyiasat insiden itu memaklumkan, pemandu kereta itu adalah warga tempatan yang ‘berada dalam keadaan tidak normal’.

Suspek yang dikatakan memakai pakaian ihram ketika kejadian, kini dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Motif dan punca kejadian masih disiasat.

Related Articles

Video
YouTube