25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Lelaki Pakistan liwat kanak-kanak ditahan

Must read

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan buruh kontrak warga Pakistan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di ruang tamu sebuah rumah flat di Perai Jaya, di sini, Khamis lalu (27/5/2021).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, penahanan dibuat selepas bapa mangsa berusia 36 tahun membuat laporan polis, semalam.

“Bapa mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran memaklumkan anak bongsunya menceritakan kejadian dia didatangi suspek di taman permainan kira-kira 2 petang, Khamis lalu.

“Suspek kemudian mendukung dan membawa kanak-kanak itu ke rumah sewanya sebelum melakukan perbuatan amang seksual terbabit secara paksa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek berusia 20 tahun kemudian mengarahkan mangsa pulang dan dia tidak menceritakan kejadian kepada keluarganya kerana takut.

“Namun, kira-kira jam 10 malam tadi, mangsa menceritakan kejadian dialaminya dan bapanya terus membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan pada 12.30 tengah malam tadi.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan pemeriksaan di rumah suspek tidak menemui kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada saksi kejadian,” katanya

Katanya, suspek direman selama tujuh hari hingga 5 Jun depan untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Related Articles

Video
YouTube