25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Lebih 50% penyumbang infeksi dari kilang, tempat kerja… Lebih baik Total Lockdown

Must read

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Memandangkan lebih 50 peratus penyumbang infeksi adalah kilang dan tempat kerja, lebih baik buat total lockdown’ seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tetapi katanya, akhirnya kerajaan lebih mendengar pandangan tauke-tauke dan pemain-pemain besar industri.

“Kononnya negara akan rugi setengah trilion. Jika benarpun kos sehari PKP 1.0 adalah RM2.4 bilion sehari ditanggung kerajaan (Bicara Khas Perdana Menteri 23 Mei 2021), maka total lockdown selama 21 hari bersamaan RM50.4 bilion bukanlah sampai RM500 bilion.

“RM50.4 bilion hanyalah 3.57% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara iaitu sekitar RM1.4 trilion. Lebih baik rugi sekali daripada berpanjangan hingga ekonomi tak mampu dijana kembali,” katanya di ruangan komen dalam satu status di Facebook miliknya.

Dr Asyraf turut berkata rata-rata rakyat bersedia untuk susah sekali apabila dikuatkuasakan PKP penuh dan bukan susah berkali-kali berbanding PKP yang dilaksanakan sekarang ini.

Ulas Dr Asyraf juga, beliau sudah cuba terbaik untuk meyakinkan kerajaan melalui pelbagai cara termasuk menyuarakan terus kepada menteri bahawa ‘total lockdown’ selama 14-21 hari adalah jalan terbaik memandangkan tempoh inkubasi atau jangka hayat virus COVID-19 adalah 14 hari.

“Bagi bantuan khas kepada rakyat untuk mereka hidup selama tempoh lockdown, benarkan i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0, arahkan bank-bank bawah Ordinan Darurat untuk bagi moratorium 2.0 tanpa caj tambahan untuk tiga hingga enam bulan,” gesanya.

Sebelum ini Dr Asyraf telah mengesyorkan kerajaan melaksanakan PKP penuh serta memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat memandangkan kes jangkitan COVID-19 semakin melonjak naik melebihi angka empat ribu kes.

Di dalam postingnya itu, memandangkan kes COVID-19 pada Selasa mencatat kes tertinggi sejak tahun lalu iaitu 7,289 kes, Dr Asyraf menyeru semua agar berdoa memohon agar semua dipelihara daripada pandemik itu yang makin kuat menular.

“Jaga diri semua. Memandangkan tiada total lockdown, kita sama-samalah amalkan self lockdown,” serunya. – UMNO ONLINE

Related Articles

Video
YouTube