25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Lebih 1 juta dipindahkan, siklon kedua dijangka melanda India minggu ini

Must read

Anggota polis meminta orang ramai berpindah ke pusat perlindungan ketika mereka mengawal pantai di Odisha pada Selasa (Gambar AP)BHUBANESWAR: Taufan kuat yang bertiap sehingga 140 kilometer sejam mula melanda timur India, kata pejabat kajicuaca pada Rabu, yang memberi amaran berlakunya keadaan air pasang besar di kawasan pesisir pantai.

Taufan Yaas, ribut kedua yang melanda India dalam masa seminggu selepas Tauktae yang melanda bahagian pantai barat, menyebabkan pemindahan penduduk secara besar-besaran dan menambah tekanan pihak berkuasa yang ketika ini sedang berusaha menangani gelombang kedua jangkitan Covid-19 yang membawa maut.

Siaran televisyen menunjukkan keadaan laut yang bergelora dengan angin kencang dan hujan melanda negeri bahagian timur Odisha. Banyak kedai dan rumah kini ditutup dengan papan bagi melindungi daripada ribut.

Pejabat kaji cuaca berkata, “taufan yang sangat teruk” sudah tiba dan akan melalui merentasi Odisha dan negeri jirannya, Bengal Barat pada tengah hari.

Lebih 1 juta penduduk sudah pun dipindahkan dari laluan taufan berkenaan kata pihak berkuasa. Taufan itu dijangka melanda kawasan rendah di Odisha dan Bengal Barat.

Polis berkata, mereka sudah menyelamatkan 10 orang ketika bot dinaiki terbalik di tepi pantai di daerah Jagatsinghpur Odisha pada Selasa.

Tentera laut India berkata, pangkalan tentera laut mereka Chilka juga mengawasi kapal-kapal di kawasan itu dan bersedia untuk melakukan operasi menyelamat dan memberikan bantuan.

Siklon yang melanda Teluk Benggala adalah perkara yang lazim berlaku pada waktu ini setiap tahun dan kebiasaannya naik ke darat yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan di kawasan pesisir India dan Bangladesh.

Gelombang kedua jangkitan Covid-19 yang dahsyat turut menyukarkan persiapan menghadapi ribut. Jurucakap rasmi kerajaan di Odisha berkata, mereka telah menangguhkan ujian, vaksinasi dan tinjauan kesihatan dari rumah ke rumah di tiga daerah yang menjadi laluan utama taufan berkenaan.

Related Articles

Video
YouTube