29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Lari dari PKPD Bunut Susu, sebar Covid-19 di Pulau Beluru

Must read

Tujuh ahli keluarga dijangkiti Covid-19 selepas seorang warga emas melarikan diri sebelum perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Mukim Bunut Susu, Kelantan, dipercayai untuk meraikan Aidilfitri.

Wanita berusia 60-an itu yang didakwa lari ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat, disahkan positif Covid-19 pada Hari Raya kedua.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK), Zaini Hussin, berkata Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat diarah mengesan wanita itu untuk menjalani ujian saringan, selepas mendapati namanya ada dalam senarai, tetapi dia tiada di kampung berkenaan.

“Disebabkan warga emas itu, wabak berkenaan kini menjangkiti tujuh individu lain, iaitu ahli keluarganya di Tumpat,” katanya dipetik Harian Metro ketika meninjau Kampung Pauh Lima di Bachok yang dikenakan PKPD mulai tengah malam tadi hingga 1 Jun ini.

Beliau berkata, warga emas itu melarikan diri selepas mendapat tahu PKPD akan dilaksanakan serta mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

Setakat ini, pihaknya masih mengesan kontak rapat warga emas itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Related Articles

Video
YouTube