28.6 C
Gombak
Friday, July 23, 2021

Langkah Bellamy Menentang Kehendak 3.2 Juta Ahli UMNO Dan 32.7 Juta Rakyat Malaysia

Must read

Sudah menjadi rahsia umum satu pertemuan sulit yang sudah tidak lagi menjadi sulit telah diaturkan oleh seorang pemimpin kanan UMNO yang juga salah seorang Menteri Kanan dalam regim Mahiaddin dengan Ahli Parlimen UMNO di sebuah premis milik kerajaan di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, sekitar 25 orang Ahli Parlimen hadir dalam pertemuan tersebut.

Tujuan utama pertemuan diadakan adalah untuk memujuk Ahli Parlimen UMNO supaya mengekalkan sokongan kepada Mahiaddin sebagai Perdana Menteri dan juga Kerajaan Perikatan Nasional.

Dikatakan, dalam pertemuan sulit itu, Menteri SOP cuba meyakinkan Ahli PArlimen UMNO supaya jangan bimbang, sekiranya dengan tindakan mengengkari arahan Presiden UMNO untuk menarik diri dari regim Mahiaddin, maka Presiden UMNO tidak mahu menandatangani watikah pilihanraya dalam PRU 15, mereka diberikan jaminan akan dapat bertanding atas tiket PPBM.

Menteri SOP juga dikatakan cuba membayangkan, kalau kesemua 25 Ahli Parlimen UMNO melompat ke PPBM, maka PPBM akan menjadi lebih kukuh dan kumpulan mereka akan menjadi kumpulan yang besar dalam PPBM dan boleh mengetepikan beberapa pemimpin utama PPBM sekarang.

Menteri SOP nie mabuk air ketum ker?

Siapa dari PPBM yang memberi jaminan kesemua 25 Ahli Parlimen akan bertanding dalam Pilihanraya Umum 15 atas tiket PPBM?

Setiausaha Agung PPBM dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional adalah Hamzah Zainuddin dan bukankah Hamzah Zainuddin merupakan salah seorang dari pemimpin PPBM yang dikatakan akan disailang nanti?

Hamzah Zainuddin tu kecik anak ker nak diperkotak-katik, sedangkan titah SPB YDP Agung yang mahukan lebih dari satu nama bagi calun Timbalan Ketua Polis Negara pun berani beliau engkar, inikan pula anak ikan macam Menteri SOP…😂😂😂

Pertemuan itu diatur sebagai tindak balas terhadap kepimpinan tertinggi UMNO yang memanggil Ahli Parlimen UMNO untuk mengesahkan persetujuan mereka menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional selepas tempuh 14 hari yang diberikan kepada UMNO supaya Kerajaan Perikatan Nasional memberikan isyarat supaya Parlimen kembali bersidang selaras dengan titah SPB YDP Agung, Raja Raja Melayu dan juga kehendak rakyat Malaysia.

Baca di sini:

Makcik Kiah betul-betul tak faham, apa sebenarnya yang ada dalam tempurung kepala penganjur pertemuan tersebut?

Bagi Makcik Kiah, apa juga alasan yang diberikan, apa yang pasti, tindakan itu sebenarnya bukan hanya menentang Presiden UMNO, tetapi ianya juga adalah penderhakaan secara terang-terangan terhadap SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu.

Tujuan UMNO memberikan tekanan terhadap regim Mahiaddin adalah kerana regim Mahiaddin dilihat berdolak dalih dan memberikan pelbagai alasan pra matang untuk menjunjung titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu.

Menentang tekanan UMNO kepada regim Mahiaddin supaya membuka semula Parlimen dengan segera adalah bermaksud menyanggah titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu!!!

Dari sudut kepartian pula, menentang arahan yang akan dibuat oleh Presiden UMNO supaya Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari regim Mahiaddin, tidak hanya bermaksud menentang Presiden UMNO tetapi ia sebenarnya menentang kehendak 3.2 juta ahli UMNO yang sudah diterjemahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Malah Naib Presiden UMNO yang dikatakan menjadi penganjur pertemuan itu juga berada di atas pentas PAU 2020 ketika perwakilan sebulat suara memberikan ‘blank cheque’ kepada Presiden UMNO.

Lebih dahsyat lagi, usaha yang cuba dilakukan dalam pertemuan itu adalah sebenarnya menentang kehendak 32.7 juta rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesengsaraan sejak Barisan Nasional ditumbangkan dalam Pilihanraya Umum 14, mahu supaya riwayat regim Mahiaddin segera ditamatkan dan mendesak supaya Parlimen segera dibuka supaya setiap keputusan dan perbelanjaan duit rakyat dibahaskan.

Tapi Menteri SOP telah dilihat menongkah arus dan Makcik Kiah tidak terkejut selepas ini alasan-alasan pra-matang seperti menentang Presiden UMNO yang sedang mengusahakan jajaran baru politik bersama PKR dan DAP akan digunakan.

Kalau betul apa yang didakwa, buktikan kepada akar umbi UMNO, jangan hanya sekadar mencipta persepsi dengan menanam naratif untuk menghalalkan kerakusan diri sendiri!!!

Mungkin juga alasan regim Mahiaddin perlukan sokongan yang kukuh supaya dapat menumpukan perhatian menentang wabak Covid-19!!!

Hello Menteri SOP, mai sini Makcik Kiah nak habaq.

Regim Mahiaddin sudah memerintah selama lebih dari 17 bulan.

Dah beratus bilion duit rakyat dibelanjakan, bermacam-macam PKP dikuatkuasakan, tak cukup dengan tu, SPB YDP Agung perkenankan pula Proklamasi Darurat dari bulan Januari 2021, ditambah lagi dengan ‘Total Lockdown’ dan sekarang nie ada pulak Pelan Pemulihan Negara!!!

Keadaan Covid-19 makin pulih ker?

Takkan Menteri SOP tak tahu, jumlah rakyat Malaysia yang bunuh diri semakin meningkat, jumlah M 40 yang jatuh ke B 40 makin ramai dan jumlah B 40 yang masuk ke golongan miskin tegar makin bertambah!!!

Dengan kekuatan kabinet yang mencecah 70 orang, keadaan menjadi semakin carca marba!!!

Menteri nie cakap A, Menteri lagi satu cakap B, akhirnya kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan berfungsi dengan baik, rakyat pulak yang dipersalahkan!!!

Kepada 3.2 juta akar umbi UMNO dan 32.7 juta rakyat Malaysia, apa yang Makcik Kiah nak katakan, seharusnya kita bersyukur dengan kedunguan Menteri SOP menganjurkan pertemuan sulit di Jalan Bellamy kerana sebenarnya Allah SWT hendak membantu UMNO untuk melakukan pemutihan dalam UMNO dan kepada rakyat Malaysia, Allah SWT hendak menunjukkan wajah sebenar manusia hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi memuaskan serakah nafsu politik mereka.

Manusia pengkhianat ini mempunyai poerancangan tetapi mereka lupa bahawa Allah SWT juga mempunyai perancangan dan perancangan Allah SWT lah yang akan berjaya akhirnya.

Ingat, UMNO adalah wadah perjuangan yang penuh keikhlasan nenek moyang bangsa Melayu dan jangan sekali-kali berani mengkhianatinya.

Related Articles

Video
YouTube