24.6 C
Gombak
Saturday, July 31, 2021

KWSP jual 7.36 juta lagi saham Top Glove

Must read

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual 7.36 juta lagi saham dalam Top Glove Corporation Bhd.

Top Glove dalam kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, saham itu dijual pada 1 Disember lalu melalui empat transaksi, namun nilainya tidak didedahkan.

Susulan penjualan terbaharu itu, KWSP kini hanya mempunyai 458.8 juta saham atau 5.72 peratus kepentingan dalam pengeluar sarung tangan berkenaan.

KWSP mula mengurangkan kepentingannya dalam Top Glove pada akhir bulan lalu, hanya dua bulan selepas ia muncul sebagai pemegang saham utama dengan 5.05 peratus kepentingan, sebelum meningkat lagi kepada 6.64 peratus atau 534.31 juta saham setakat 20 November 2020.

Sejak tarikh itu, KWSP menjual kepentingannya dalam Top Glove setiap hari.

Kaunter Top Glove, yang melonjak beberapa kali ganda sejak awal tahun ini, susut 13 sen atau 1.92 peratus untuk ditutup pada RM6.65 sesaham hari ini.

Related Articles

Video
YouTube