30.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Korban letusan gunung berapi di Congo meningkat kepada 32

Must read

KINSHASA: Jumlah korban akibat letusan gunung berapi Gunung Nyiragongo pada Sabtu di wilayah Kivu, Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada 32 orang dan angka itu dijangka akan terus bertambah, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa pada Isnin.

Sembilan mangsa hangus selepas lahar menimpa rumah mereka manakala lima maut terhidu gas beracun, kata ketua pasukan keselamatan awam wilayah Joseph Makundi.

Walaupun aliran lahar dilihat sudah berhenti di sekitar Goma namun, pergerakan seismik masih dikesan, menyebabkan berlaku keretakan pada rumah penduduk berdekatan.

Pihak berkuasa wilayah menggesa penduduk di zon merah untuk mematuhi arahan tidak pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu.

Related Articles

Video
YouTube