25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Kilang Arak Ditutup: Terima Kasih Menteri Kanan Pertahanan

Must read

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ini kerana katanya, keputusan tersebut jelas mendengar suara hati rakyat dengan mengambil tindakan serta-merta membatalkan kelulusan operasi yang diberikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini.

“Diharapkan juga agar pihak Menteri Kanan Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat menilai kembali secara terperinci semua syarikat-syarikat dan kilang-kilang yang telahpun mendapat kelulusan MITI (setakat ini dilaporkan sebanyak 95,142 syarikat telah diluluskan).

“Ini bagi memastikan semuanya benar-benar termasuk dalam 12 kategori ‘essential services’ yang dibenarkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya juga, rakyat hakikatnya sudah bersedia untuk melalui tempoh 14 hari ‘total lockdown’ yang diputuskan kerajaan bagi memutuskan rantaian virus COVID-19 buat kesekian kalinya.

“Namun, rata-rata maklumbalas rakyat melahirkan kebimbangan jika kelonggaran diberikan kepada kilang-kilang dan syarikat-syarikat yang tidak benar-benar berkeperluan untuk beroperasi dalam tempoh 14 hari ini, rakyat terpaksa diheret secara berterusan untuk menghadapi PKP yang tiada kesudahan.

“Pengorbanan semua amat ditagih agar rakyat tidak perlu lagi untuk sengsara secara berterusan. Biarlah kita #SusahSekaliBukanBerkaliKali,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

Related Articles

Video
YouTube