25.2 C
Gombak
Saturday, February 27, 2021

Khalid Pertegas Serangan Tun M-Anwar Hanya Untungkan Tok Abah Kau-Azmin

Must read

Tindakan saling menyerang antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penyokong masing-masing hanya akan memberi kelebihan kepada kerajaan tebuk atap didalangi Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad berpendapat Pakatan Harapan (PH) pada masa ini tidak perlu menambah senarai musuh menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tun atau orangnya kritik DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), atau DSAI atau orangnya kritik Tun, memang dua-dua tindakan saya tak sokong.

“Tiada manfaat kecuali mengukuhkan Muhyiddin dan Azmin,” tegasnya dalam ciapan di Twittersebagai maklum balas terhadap soalan Rashid Yusoff.

Terdahulu, pengguna Twitter itu menempelak Khalid sebagai masih berada dalam ‘gua’ seperti biasa apabila Mahathir “cari gaduh” dengan Anwar.

“Dia tak keluarkan dalil “berkawan dengan semua” apabila Atok (Mahathir) serang Anwar,” dakwa Rashid.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan beliau hanya menumpukan kritikan terhadap empat pihak iaitu Muhyiddin, Azmin, Pas dan Umno.

Menurutnya, tindakan melaga-lagakan sesama pembangkang pada masa sekarang hanya “kerja” kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya terus serang MY (Muhyiddin Yassin), AA (Azmin Ali), Pas dan Umno. Cukup dah lawan saya. Tak perlu tambah lawan.

“Laga-laga antara kita kerja PN,” tegas bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.

Related Articles

Video
YouTube