31.6 C
Gombak
Saturday, April 17, 2021

Ketepikan isu bangsa, agama pacu semula ekonomi, kata Guan Eng

Must read

Malaysia akan terus terikat dalam era lama jika tetap memainkan retorik bangsa dan agama, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Bekas menteri kewangan itu berkata, negara sepatutnya memfokuskan terhadap ekonomi terutama dalam mewujudkan kerja dan membantu perniagaan kecil yang menjejaskan 80% rakyat Malaysia.

“Kita akan sentiasa terperangkap dalam masa silam jika terus memegang pada momokan isu bangsa atau agama, atau amalan ekonomi dulu kala,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-55 parti itu.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, bangsa dan agama masih digunakan sebagai justifikasi Langkah Sheraton tahun lalu, yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Beliau turut mendakwa pemimpin kerajaan Perikatan Nasional menggunakan “retorik bangsa dan agama yang menghina dan memecahbelahkan.”

Katanya, satu cara untuk membina semula dan memberikan nafas baharu untuk Malaysia adalah, apabila rakyat menyedari bahawa mereka dan negara adalah satu.

“Setiap rakyat Malaysia perlu saling menghormati dan menyedari peranan masing-masing dalam usaha memajukan negara.”

Beliau berkata, sebagai permulaan Parlimen perlu bersidang.

“Sudah tiba masanya semua tenaga demokrasi bersatu untuk menyelamatkan negara ini dan Parlimen kembali bersidang.”

Related Articles

Video
YouTube