25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Ketelitian beri kelulusan vaksin mesti seiring dengan kesegeraan

Must read

Hanya 3 vaksin telah mendapat kelulusan bersyarat untuk tujuan kecemasan oleh NPRA iaitu Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac.

Kerajaan wajar mempercepatkan kelulusan bersyarat untuk tujuan kecemasan bagi beberapa vaksin lain seperti Sputnik V, Sinopharm, Moderna dan Johnson & Johnson.

Kebanyakan vaksin tersebut telah mendapat kelulusan agensi kawal selia antarabangsa dan telah melalui pelbagai skrutini klinikal yang sangat rumit dan komprehensif.

Vaksin seperti Sputnik V contohnya, mempunyai keberkesanan yang sangat tinggi dan datanya telah diterbitkan dalam Lancet, jurnal perubatan berwasit paling berwibawa, yang hanya menerbitkan hasil penyelidikan paling unggul.

Kita tidak boleh terlalu optimistik bahawa bekalan vaksin kita akan mencukupi kerana kita sangat bergantung kepada bekalan luar.

Malah kepelbagaian kelulusan vaksin adalah sangat strategik kepada negara. Ia memastikan kita mempunyai akses kepada pelbagai vaksin lain dalam waktu yang memerlukan.

Kedua, ia akan mempercepatkan proses vaksinasi nasional.

Ketiga, kemunculan varian baru mungkin akan memerlukan Malaysia memberikan dos ketiga bagi merangsang imuniti. Apatah lagi bila pengeluar seperti AstraZeneca telah mula mengeluarkan vaksin yang telah ditambah baik untuk dan berkesan terhadap varian Beta yang dahulunya dikenali sebagai varian Afrika Selatan.

Dan keempat, banyak negara telah menempah bekalan untuk empat tahun mendatang bagi memastikan mereka mempunyai simpanan vaksin mencukupi kerana tiada siapa boleh meramalkan bilakah pandemik ini akan berakhir dengan sepenuhnya.

Perancangan kesihatan awam kita mesti mengambil kira pendekatan jangka masa panjang. Kita tidak boleh terus dengan strategi ‘firefighting’.

Oleh yang demikian, Kerajaan mesti segera meluluskan secara bersyarat, penggunaan beberapa vaksin lain tanpa berlengah.

Ketelitian kita dalam memberikan kelulusan mesti seiring dengan kesegeraan yang sangat diperlukan oleh negara dalam saat kritikal ini. – UMNO ONLINE

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

Related Articles

Video
YouTube