24.2 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Kesemua Pimpinan Utama Parti Politik Dijangka Mengadap Yang di-Pertuan Agong

Must read

KUALA LUMPUR : Sabah Media melaporkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9-11 Jun 2021.

Seperti yang dilaporkan oleh Sabah Media, sumber memberitahu pertemuan ini bukan melibatkan pimpinan semua parti tetapi hanya melibatkan pimpinan beberapa parti utama sahaja, termasuk BERSATU (PM).

Menurut sumber Sabah Media itu lagi tujuan pertemuan ini dilakukan pula bukanlah untuk membincangkan pembinaan semula negara tetapi adalah untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan maklum balas mereka ke atas usaha memerangi Covid 19 dan pemulihan ekonomi negara.

Tambahnya lagi Maklum balas ini adalah perlu bagi memberi pimpinan beberapa parti utama ruang untuk bersuara kerana Parlimen tidak bersidang sekali gus akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong menyuarakannya dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pada 16 Jun ini.

Related Articles

Video
YouTube