25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Kerajaan pertimbang sekatan lebih ketat seperti PKP untuk atasi peningkatan kes COVID-19

Must read

Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas seperti dilaksanakan pada peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan MalaysiaNow pada Rabu, sekatan ini boleh dikenakan di negeri-negeri yang mencatatkan kes COVID-19 tertinggi iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sabah.

Bagaimanapun, sumber yang dipetik laporan itu berkata, tempoh untuk melaksanakan larangan baharu ini masih tidak jelas.

Katanya, pakar kesihatan percaya, apabila dilaksanakan, ia dapat mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus.

Jelas laporan itu lagi, pegawai tertinggi kerajaan telah dimaklumkan mengenai perkara ini namun, masih menanti penelitian beberapa perkara.

Perancangan ini timbul apabila negara menyaksikan pertambahan kes positif COVID-19 harian yang tinggi melepasi paras 2,000 kes.

Tambah sumber yang sama, apabila sekatan itu dilaksanakan semula, negara terpaksa berhadapan dengan larangan rentas negeri, termasuk perjalanan yang tidak penting.

“Ini bererti, larangan sepenuhnya untuk sesi pertemuan agama, sosial, solat berjemaah, kenduri, acara sukan dan festival tahunan,” dedah sumber itu lagi.

Dalam pada itu, tambah sumber berkenaan, tidak ada perincian bagaimana sektor ekonomi dibenarkan beroperasi di bawah PKP yang baharu ini.

Ujarnya, ini kerana kerajaan tidak mahu melihat kejatuhan ekonomi perniagaan seperti yang berlaku sebelum ini.
Untuk makluman, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diumumkan pada 18 Mac tahun lalu ketika negara mencatat kadar dua angka kes harian positif COVID-19.

Related Articles

Video
YouTube