30.9 C
Gombak
Thursday, February 25, 2021

Kerajaan haram buku ‘Gay is OK! A Christian Perspective’

Must read

Kerajaan mengharamkan dua buku bertajuk “Gay is OK! A Christian Perspective” dan “Peichi” kerana kandungannya yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, buku itu masing-masing dikenakan perintah larangan melalui warta kerajaan bertarikh 27 November dan 15 Disember lalu.

Katanya, warta perintah larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kandungan buku “Gay is OK! A Christian Perspective”, dilihat cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama dan budaya di negara ini.

Katanya, amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Manakala penerbitan bertajuk “Peichi” memuatkan kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang bertentangan dengan nilai budaya dan norma hidup masyarakat Malaysia yang amat menitikberatkan kesopanan.

“Sehubungan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu, adalah kesalahan dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta 301,” katanya.

Menurutnya, jika orang ramai mendapati penerbitan itu masih diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN di talian 03 88868047 atau faks 03 88891682 atau melalui sistem pengaduan awam bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

Related Articles

Video
YouTube