28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

Kerajaan Bertanggungjawab Menurut Titah Tuanku – Pemuda Kelantan

Must read

Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan senada dengan Dato Dr Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda Umno Malaysia bahawa Kerajaan usah derhaka dengan Titah YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah untuk BAHASKAN & LULUSKAN Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dilaksanakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata YDP Agong merupakan tunjang kepada Perlembagaan Negara ini yang berpaksikan kepada sistem Demokrasi Berparlimen. Ini bermaksud pentingnya Parlimen ini dijadikan medan untuk dibahaskan sebarang rang undang² untuk membawa suara rakyat sebenar secara rasmi kerana Parlimen adalah lambang demokrasi dan kestabilan negara.

“ Perdana Menteri tidak perlu takut sekiranya mereka merasakan semua tindakan Kerajaan ini tidak GAGAL dalam menangani Covid dan rakyat bersama mereka. Menteri-Menteri Kabinet Kerajaan perlu buktikan di Parlimen bahawa mereka berjaya menguruskan negara dalam tempoh darurat ini katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi  Kerajaan perlu menyelami sedalam-dalamnya nya maksud titah YDPA supaya Parlimen dibuka adalah untuk membahaskan keberkesanan Ordinan Darurat dalam mengekang wabak Covid19 ini yang sememangnya gagal melandaikan lengkuk jangkitan.

“ Melalui perbahasan di Parlimen inilah Kerajaan dapat mendengar suara sebenar rakyat yang rata-rata terjejas pendapatan mereka akibat LockDown separuh masak yang terbukti sia-sia  dan GAGAL. Rakyat melihat selepas Darurat diumumkan, kes jangkitan Covid19 dan kematian bertambah & masalah tekanan sosial sehingga membunuh diri menjadi-menjadi” katanya.

Tambah Noor Hariri lagi, Pemuda Umno Kelantan berpendapat dengan Helah demi helah yang dibuat ianya hanya membuktikan bahawa Perikatan Nasional adalah sebuah KERAJAAN GAGAL serba serbi, gagal dari sudut membantu rakyat secara tuntas mahupun gagal mentaati Titah YDPA untuk dibahaskan Ordinan Darurat ini dengan selumat-lumatnya katanya.

Related Articles

Video
YouTube