29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

‘Kepala otak dia’, Guan Eng berang Putrajaya tolak 2 juta dos vaksin percuma untuk P Pinang

Must read

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mendedahkan Pulau Pinang ditawarkan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma Februari lalu, tetapi tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menulis surat kepada Kementerian Kesihatan untuk meminta kebenaran menggunakan vaksin itu, tetapi ditolak Putrajaya yang meminta Pulau Pinang menunggu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan.

“Jika kami dapat dua juta dos ini, ia akan diserahkan kepada KKM untuk diberikan kepada rakyat Pulau Pinang, Jika ada dos lebih, ia boleh diberikan kepada negeri lain.

“Kami juga ingin tanya kenapa Pulau Pinang dan negeri lain tidak diberikan peluang sama untuk membeli vaksin seperti Selangor dan Sarawak,” katanya pada sidang media.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media sama berkata, langkah menolak vaksin itu adalah jenayah dan beliau menggesa Chow untuk “mengambil dos disumbangkan itu” serta menerima hukumannya.

“Ini ialah jenayah kerajaan Perikatan Nasional. Anda membenarkan sumbangan politik, tetapi sumbangan vaksin tidak dibenarkan. Kepala otak dia. Bagaimana ini berlaku?

“Apabila mempunyai dua juta dos, petugas barisan hadapan, warga emas, begitu banyak nyawa boleh diselamatkan. Saya mahu mencadangkan Chow dan negeri untuk menerima dos disumbangkan itu, jika mereka (pihak berkuasa) mahu menghukum, biarkan mereka hukum.

“Ia adalah jenayah untuk menghalang vaksin daripada diberikan, kerana ramai orang, termasuk wartawan, belum diberikan suntikan mereka,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.

Dalam pada itu, Chow berkata, kerajaannya akan menyokong Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan unit rawatan rapi (ICU) medan di Hospital Kepala Batas untuk menempatkan 27 katil ICU di sana.

Katanya, peruntukan sebanyak RM2.038 juta diminta dari Pulau Pinang untuk kerja pembekalan elektrik, mekanikal dan kejuruteraan awam untuk ICU medan itu.

Related Articles

Video
YouTube