31.6 C
Gombak
Saturday, April 17, 2021

Kenapa senyap kaitan Zeti, Nazir dalam skandal 1MDB, soal Anwar

Must read

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bimbang kekurangan usaha kerajaan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan negara ekoran penglibatan beberapa pegawai bank berpangkat tinggi dalam siasatan skandal 1MDB.

Katanya, pelabur dan institusi perbankan domestik serta antarabangsa meragui reputasi dan kemampuan Malaysia akibat laporan tersebut.

“Ini akan terus memberi dampak buruk pada ekonomi kita yang telah tersedia parah kerana sikap dan kelaku kerajaan PN (Perikatan Nasional),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia belum memberi penjelasan mengenai dakwaan penglibatan bekas gabenornya, Zeti Akhtar Aziz dalam skandal 1MDB.

Suaminya, Tawfiq Ayman, baru-baru ini dilaporkan disiasat berhubung pengubahan wang haram kerana didakwa memindahkan dana daripada akaun yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, ke sebuah akaun bank di Singapura.

Anwar juga mendapati laporan terbaru mengenai penyelesaian global melibatkan AMMB Holdings Bhd, yang bersetuju membayar RM2.83 bilion bagi semua tindakan dan tuntutan tertunggak berhubung penglibatan Kumpulan AmBank dalam 1MDB.

“Sehingga hari ini, rakyat masih belum tahu tentang salah laku AmBank dalam kes 1MDB.”

Anwar berkata, pegawai bank berpangkat tinggi yang terlibat dengan skandal 1MDB, Nazir Razak turut dilantik sebagai pengerusi Bank Pembangunan, yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Tahun lalu, Nazir, adik bekas perdana menteri Najib Razak yang juga bekas pengerusi CIMB, antara 80 individu dan entiti yang diberi notis kompaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan semula dana 1MDB berjumlah RM420 juta.

Anwar berkata, Nazir juga berhasrat memperoleh saham dalam usaha pengumpulan dana Ambank melalui sebuah syarikat ekuiti swasta di Singapura, selepas bank itu menerusi pemfailan bursa mengumumkan ia menyasarkan RM810 juta dikumpulkan melalui penempatan swasta.

Susulan itu, katanya, masyarakat umum ingin tahu sama ada BNM sudah melakukan penelitian munasabah bagi memastikan transaksi itu mengikut piawaian ketat dan beretika.

Related Articles

Video
YouTube