28.4 C
Gombak
Tuesday, March 2, 2021

Kapal Dengan 125 Anak Kapal Karam Di Perairan Baram

Must read

MIRI – Sebuah kapal dengan 125 orang anak kapal dilaporkan karam di Perairan BARAM dekat Miri awal pagi tadi.

Menurut laporan ringkas yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Madya Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som di Twitter dan juga laporan yang sama di laman Facebook milik agensi tersebut, MRCC Putrajaya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 pagi tadi.

Kapal Sapura Construction melaporkan bahawa telah menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

Dalam kejadian tersebut, seorang anak kapal telah meninggal dunia.

Operasi menyelamat agensi MRCC turut dibantu kapal Hisyam 8, Anggun 4, Anjung 3, Perdana Traveller, Bayu, Express 70, Al Kahfi Mariam, KM Siagut, KM Siakap, Penggalang 23. Cuaca dilapor buruk

Related Articles

Video
YouTube