29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Jurukur terkandas di Bukit Naran ditemui selamat

Must read

SLIM RIVER: Lima kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Cawangan Tapah yang terkandas di Bukit Naran, dekat Ladang Gohan, dekat sini, sejak pagi tadi, berjaya dibawa turun dengan selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataan malam tadi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 9.16 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 10 kakitangan JUPEM itu mendaki kawasan bukit berkenaan jam 9.00 pagi tadi.

“Pada jam 3 petang, seramai lima daripada mereka berjaya turun di kaki bukit berkenaan dengan selamat manakala lima lagi terkandas di kawasan bukit terbabit tetapi berjaya dihubungi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa turun dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda milik jabatan berkenaan pada 9.40 malam.

Related Articles

Video
YouTube