26.6 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

Jurucakap Istana Perak tegur Harakah kerana gambar dalam artikel

Must read

Jurucakap Istana Perak menegur Harakah yang menyiarkan berita dengan meletakkan gambar Sultan Perak sama taraf dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang Harakah Daily, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat negeri beraja- rakyat bersultan bila meletakkan gambar.

“Jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” kata Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas satu berita keluaran portal Harakahdaily.Net bertajuk ‘Akui kekhilafan, Pas mohon ampun dari Sultan Nazrin.‘

Dalam berita itu gambar Sultan Nazrin diletakkan sama dengan gambar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Bagaimanapun selepas ditegur Mohd Annuar, pihak Harakah bertindak pantas membuang gambar Razman dalam artikel berkenaan.

Pihaknya juga menyiarkan ralat berbunyi; Penyiaran gambar sebelum ini di berita di atas dengan meletakkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak bersama YB ADUN Perak sama sekali tidak bertujuan atau berniat menyamakan taraf kedudukan darjat Raja Pemerintah dan rakyat.

Teguran berkaitan protokol ini telah diambil maklum oleh pihak kami dan dengan suci hati merafak sembah memohon ampun kepada Duli Tuanku Sultan atas kekhilafan tersebut, kata ralat dalam portal HarakahDaily.

Related Articles

Video
YouTube