25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Jepun pertimbang keadaan darurat bagi Tokyo & wilayah lain jangkaui 11 Mei

Must read

Images

  • olimpik tokyo

    (Gambar: Reuters)

TOKYO: Pemerintah Jepun sedang menimbangkan untuk melanjutkan keadaan darurat di Tokyo dan bandar-bandar besar lain yang dijadual berakhir pada 11 Mei ini.

Demikian menurut laporan akhbar Yomiuri hari ini (5 Mei).

Iklaan

Jepun sudah meletakkan wilayah Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hyogo di bawah keadaan darurat pada 25 April dalam usahanya untuk membendung penularan COVID-19.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, akan mengadakan pertemuan dengan menteri ekonomi, menteri kesihatan dan menteri-menteri kabinet yang lain hari ini untuk membincangkan pelanjutan tempoh itu, menurut laporan Yomiuri tanpa memetik mana-mana sumber.

Dengan pelanjutan keadaan darurat itu, ini bermakna ia akan dilaksanakan kurang daripada tiga bulan sebelum bermula Sukan Olimpik Tokyo, mencetuskan keprihatinan tentang sama ada ia boleh diteruskan seperti yang dirancangkan sebelum ini.

– Reuters/NK/nk

Iklaan

Related Articles

Video
YouTube